Monday 12 November 2012

SMA Al-Maarif , Bukit Goh

Assalamualaikum..

nak kenal sekolah kami ? jom bace =)
Sekolah kami terletak di Felda Bukit Goh , 26050 Kuantan , Pahang Darul Makmur .


SMA AL-MAARIF ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Persatuan Guru-Guru KAFA Negeri Pahang sebagai Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) mengandungi sebuah bangunan pentadbiran, bilik guru dan kelas serta sebuah bangunan kantin kayu. Pada tahun 1998, sebuah bangunan baru 2 tingkat telah dibangunkan dengan kos RM 400,000.00 bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia. 




Pada 25 Disember 2004, pihak Lembaga Pengurus telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan SMA Al-Maarif sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pada 17 Januari 2005, SMA Al-Maarif dibuka semula selepas ditutup pada tahun 2003 kerana kekurangan pelajar dan geran per kapita dihentikan dengan menggunakan 2 buah bangunan asal merangkumi bilik pentadbiran, bilik kelas dan bilik asrama.






Pada tahun 2006, projek 2 blok bangunan tambahan 3 tingkat telah dimulakan dan siap pada awal tahun 2008. Walaubagaimanapun, kemudahan yang mula digunakan pada 4 April 2008 ini hanya mempunyai 6 bilik darjah menyebabkan 2 kelas terapung akan wujud bermula sesi persekolahan 2009 dan bertambah pada sesi-sesi seterusnya. Di samping itu sekolah tiada langsung bilik-bilik khas seperti bilik sakit, makmal bahasa, makmal sains (Fizik dan Biologi) dan lain-lain lagi.

Pada masa ini SMA Al-Maarif mempunyai 6 buah bangunan iaitu 2 blok asrama 2 tingkat (bangunan lama), 2 blok sekolah 3 tingkat (bangunan baru), sebuah surau dan sebuah dewan makan.

Pada masa ini SMA Al-Maarif mempunyai guru seramai 26 orang yang sangat gigih berusaha dalam mendidik anak-anak Maarif, Pelajar seramai 313 orang yang mempunyai pelbagai kerenah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru.Kehidupan di sekolah ini lebih kurang sama saja dengan sekolah lain namun demikian guru-guru bersyukur kerana mempunyai pelajar yang sangat menghormati guru dan sentiasa menolong guru dalam apa jua keadaan.

Okaylah , nad nak tunjukkan gambar-gambar sekolah kami .

laluan kat sebelah kitorang gunakan untuk naik ke asrama banat/banin .

 
yang ni pulak bahagian surau .
nampak tak pokok2 tuh ? ade ukiran SMA AL MAARIF kan ?
okay , yg kat atas tuh , kelas-kelas form 1 - 3 .


Kelas-kelas kat sekolah ni just ada 10 . Setiap form ada 2 kelas , iaitu Ar-Razi dan As-Sayuthi . Jelas ? Btw , ni lah tempat kami tuntut ilmu . Best sekolah kat sini sebab kakitangan sekolah (cikgu , kerani , student) semuanya 'sporting' . Kalau rajin , lawatlah  facebook sekolah kami = SMA Al-Maarif , Felda Bukit Goh , Kuantan  ataupun laman web sekolah kami = Portal Rasmi SMA Al-Maarif . Yang akan masuk sekolah ini pada sesi seterusnya , selamat datang kami ucapkan..

Okaylah , got to go . Wassalam ..



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Segala bebelan adalah hak milik blog Maarifian



selamat datang ;)

"/>
Cuteki widget